Thursday 15 June 2017

Perlawanan Ke-46 Liga Kejuaraan


Dengan mengharapkan agar pasukan Newcastle United FC seri atau tewas dalam perlawanan terakhir menentang Barnsley FC di St James Park, Brighton & Hove Albion FC harus menang dalam perlawanan terakhir menentang Aston Villa FC di Villa Park untuk memenangi Liga Kejuaraan Musim 2016/17.

Sungguhpun mendapatan gol awal hasil sepakan penalti oleh Glenn Murray pada minit ke-64, hasrat Brighton & Hove Albion FC untuk bergelar juara tidak kesampaian apabila Jack Grealish menjaringkan gol penyamaan buat Aston Villa  FC pada minit terakhir perlawanan. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Sementara itu kemenangan 3-0 ke atas Barnsley FC di St James Park membawa pasukan Newcastle United FC menjuarai Liga Kejuaraan Sky Bet Musim 2016/17. Brighton & Hove Albion FC menduduki tangga kedua liga dengan kekurangan 1 mata daripada pasukan Newcastle United FC.

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pasukan Brighton & Hove Albion FC kerana berjaya menempatkan diri di dalam Liga Perdanan Inggeris Musim 2017/18 setelah berusaha beberapa kali.

Semoga berjaya dalam misi di EPL.