Saturday 22 April 2017

Perlawanan Ke-44 Liga Kejuaraan

Perlawanan yang seimbang tetapi berkesudahan dengan kekalahan akibat daripada dua gol sendiri oleh seorang penjaga gol yang berpengalaman.... itulah bolasepak.


Terpaksa tunggu perlawanan menentang Bristol City hujung minggu depan untuk menjulang mahkota Liga Kejuaraan Musim 2016/17.

Kedudukan terkini Liga Kejuaraan

Baki perlawanan yang melibatkan 'The Seagulls'
 

Thursday 20 April 2017

Anthony Knockaert Pemain Terbaik Liga Kejuaraan

Pemain sayap Brighton & Hove Albion FC Anthony Knockaert telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Kejuaraan EFL Musim 2016/17.
Anthony Knockaert

Pemain berusia 25 tahun yang berasal dari Perancis itu telah menjaringkan 13 gol daripada 40 perlawanan untuk membantu Brighton & Hove Albion FC mendahului Liga Kejuaraan ketika ini.

Penyerang Sheffield United FC Billy Sharp pula dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Satu EFL manakala penyerang kelab Doncaster Rovers FC, John Marquis memenangi anugerah Pemain Terbaik Liga Dua EFL.
Billy Sharp

John Marquis

Penyerang kelab Exeter City FC Ollie Watkins dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik Liga EFL.
Ollie Watkins

Brighton & Hove Albion FC juga memenangi satu lagi anugerah iaitu Gol Terbaik EFL Musim 2016/17 menerusi jaringan Steve Sidwell sewaktu menentang Bristol City pada 5 November 2016 yang lalu.
Steve Sidwell

Gol cantik jaringan Steve Sidwell

BHAFC - We Are Premier League!


Daripada sebuah kelab yang hampir tersingkir dari Liga Inggeris kira-kira 20 tahun lalu, kini Brighton & Hove Albion melangkah ke Liga Perdana Inggeris buat pertama kali.

Ianya adalah satu kebangkitan yang sukar untuk dipercayai.

Ikuti detik-detik manis di Stadium Falmer pada hari Isnin, 17 April 2017 di mana para penyokong 'The Seagulls' telah memenuhi padang meraikan kejayaan melangkah ke EPL pada musim akan datang.

Perlawanan Ke-43 Liga Kejuaraan


Kemenangan ini telah membawa Brighton & Hove Albion ke Liga Perdana Inggeris pada musim akan datang. 

Syabas dan tahniah kepada pengurusan dan semua pemain Brighton & Hove Albion FC yang telah mencuba sejak empat musim yang lalu untuk merasai nikmat bermain dalam liga elite itu.

Bersama kita meraikan kejayaan Brighton & Hove Albion FC ke Liga Perdana Inggeris Musim 2017/18.

Perlawanan Ke-42 Liga Kejuaraan


Perlawanan ke-41 Liga Kejuaraan


Perlawanan Ke-40 Liga Kejuaraan


Perlawanan Ke-39 Liga Kejuaraan


Perlawanan Ke-38 Liga Kejuaraan


Perlawanan Ke-37 Liga Kejuaraan


Perlawanan Ke-36 Liga Kejuaraan


* Rotherham United FC menjadi pasukan pertama dari Liga Kejuaraan musim ini yang turun ke Liga Satu (dahulu dikenali sebagai Liga Bahagian Tiga).

Perlawanan Ke-35 Liga Kejuaraan


Perlawanan Ke-34 Liga Kejuaraan


* Brighton & Hove Albion FC tewas dalam kedua-dua perlawanan menentang Newcastle United FC musim ini. Dalam perlawanan di St James Park pada 27 Ogos 2016, Brighton & Hove Albion FC tewas 0-2.


Perlawanan Ke-33 Liga Kejuaraan


Perlawanan Ke-32 Liga Kejuaraan


Perlawanan Ke-31 Liga Kejuaraan


Perlawanan Ke-30 Liga Kejuaraan


Perlawanan Ke-29 Liga Kejuaraan


Perlawanan Ke-28 Liga Kejuaraan


Perlawanan Ke-27 Liga Kejuaraan


Keluarga Ku Dan Brighton & Hove Albion

Minat seseorang itu kadang kala membuat orang lain juga tertarik pada minat yang sama.

Begitu jugalah apa yang berlaku antara aku dan keluargaku dengan kelab Brighton & Hove Albion ini.

Banyak cenderahati yang telah dikirimkan oleh pengurusan kelab Brighton & Hove Albion FC kepada aku dan keluarga sejak 1995 sehingga kini. Semuanya masih aku simpan dengan baik untuk tatapan pada masa akan datang.

Aku kongsikan bersama kalian beberapa cenderahati yang aku simpan sebagai tanda menyokong kelab Brighton & Hove Albion FC ini.

Mohd Naqib Naufal yang berbangga dengan baju 'away' Brighton & Hove Albion FC.
 Majalah memperingati perlawanan terakhir Brighton & Hove Albion di Stadium Goldstone Ground.

Sebahagian daripada cenderahati berupa jersey, surat-surat, buku-buku dan hadiah hari lahir buat aku dan keluarga.
 'Match Programme' sempena memperingati Stadium Withdean 1999 - 2011

Pennant The Seagulls.

Menjenguk Buat Pertama Kali EPL

Setelah menunggu selama 34 tahun, akhirnya Brighton & Hove Albion akan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris buat kali pertama pada musim akan datang.

Kali terakhir Brighton & Hove Albion beraksi dalam liga tertinggi di England adalah pada musim 1982/83 di mana ketika itu Liga Perdana Inggeris dikenali sebagai Liga Bahagian Satu. Pada musim itu jugalah Brighton & Hove Albion beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA England. Malangnya Brighton & Hove Albion tewas 0-4 kepada Manchester United dalam perlawanan ulangan. Perlawanan pertama berakhir dengan keputusan seri 2-2.

 (Keratan akhbar The Star, 19 April 2017)

Dengan berbaki tiga perlawanan, aku berharap agar Brighton & Hove Albion dapat mengekalkan kedudukan sekarang dan menjadi juara Liga Kejuaraan musim ini.