Friday, 20 January 2017

Perlawanan Yang Ke-26 Liga Kejuaraan


Pada hari Jumaat, 20 Januari 2017 telah berlangsung perlawanan Liga Kejuaraan Sky Bet antara pasukan Brighton & Hove Albion FC menentang pasukan Sheffield Wednesday FC di Stadium Falmer.

Perlawanan ini berlangsung dengan tegang di mana kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan hanya dengan 10 orang pemain. Glenn Murray dari Brighton & Hove Albion FC diarah meninggalkan padang pada minit ke-64 manakala pemain Sheffield Wednesday FC, Steven Fletcher dibuang padang pada minit ke-88.

Penjaga gol Brighton & Hove Albion FC, David Stockdale juga telah bertindak cemerlang sepanjang perlawanan dengan menyelamatkan beberapa keadaan bahaya termasuk menyelamat sepakan penalti Fernando Forestieri pada minit ke-66.
 


Trofi EFL Pusingan Ketiga


Kempen pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah Tahun dalam Trofi EFL berakhir setelah tewas 0-3 kepada pasukan utama Coventry City FC.

Perlawanan tersebut telah berlangsung di Ricoh Arena, Coventry pada hari Selasa, 10 Januari 2017.

Syabas dah tahniah kepada pengurusan dan pemain Brighton & Hove Albion FC yang hanya dijemput sebagai pasukan gantian, tetapi telah berjaya melangkah sejauh itu.

Cuba lagi di musim akan datang.


Perlawanan Ke-25 Liga Kejuaraan


Bertempat di Stadium Deepdale, Preston pada hari Sabtu, 14 Januari 2017 telah berlangsung satu lagi perlawanan Liga Kejuaraan. Kali ini membabitkan pasukan tuan rumah, Preston North End FC yang menerima kunjungan pasukan Brighton & Hove Albion FC.

Rekod 18 perlawanan tanpa kalah Brighton & Hove Albion FC diranapkan oleh pasukan tuan rumah yang menang dengan jaringan 2 - 0.




Wednesday, 11 January 2017

Undian Pusingan Keempat Piala FA England


Pada hari Isnin, 9 Januari 2017 telah berlangsung undian perlawanan Pusingan Keempat Piala FA England.  Brighton & Hove Albion FC telah diundi bertemu pemenang antara pasukan Ipswich Town atau Lincoln City. Perlawanan di tempat lawan itu dijadualkan pada hari Sabtu, 28 Januari 2017.

Berikut adalah senarai penuh perlawanan Pusingan Keempat Piala FA England:
Blackburn Rovers (2) lwn Blackpool (4) atau Barnsley (2)
Burnley (1) atau Sunderland (1) lwn Fleetwood Town (3) atau Bristol City (2)
Chelsea (1) lwn Brentford (2)
Crystal Palace (1) atau Bolton Wanderers (3) lwn Manchester City (1)
Derby County (2) lwn Leicester City (1)
Fulham (2) lwn Hull City (1)
Ipswich Town (2) atau Lincoln City (5) lwn Brighton & Hove Albion (2)
Liverpool (1) atau Plymouth Argyle (4) lwn Wolverhampton Wanderers (2)           
Manchester United lwn Wigan Athletic (2)
Middlesbrough (1) lwn Accrington Stanley (4)
Millwall (3) lwn Watford (1)
Oxford United (3) lwn Birmingham City (2) atau Newcastle United (2)
Rochdale (3) lwn Huddersfield Town (2)                               
Southampton (1) atau Norwich City (2) lwn Arsenal (1)
Sutton United (5) atau AFC Wimbledon (3) lwn Leeds United (2)   
Tottenham Hotspur (1) lwn Wycombe Wanderers (4)

*Angka dalam kurungan menunjukkan tahap liga sesebuah pasukan.
1 – Liga Perdana England
2 – Liga Kejuaraan EFL
3 – Liga Bahagian Satu EFL
4 – Liga Bahagian Dua EFL
5 – National League


Monday, 9 January 2017

Pusingan Ketiga Piala FA England




Walaupun menurunkan pemain simpanan skuad utama, pasukan Brighton & Hove Albion masih mampu untuk menewaskan Mk Dons 2-0 dalam Pusingan Ketiga Piala FA England.

Wednesday, 4 January 2017

Perlawanan Ke-24 Liga Kejuaraan


Perlawanan di Cravon Cottage, London ini sepatutnya perlawanan yang ke-25 buat pasukan Brighton & Hove Albion FC. Tetapi selepas keadaan berkabus dan padang dipenuhi ais, maka perlawanan di antara pasukan Brighton & Hove Albion FC dengan Cardiff City FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium Falmer pada 30 Disember 2016 telah ditangguhkan.

Agak sukar untuk pemain-pemain pasukan Brighton & Hove Albion FC mendapat rentak permainan dalam separuh masa pertama ketika menentang Fulham FC ini. Mujur dalam separuh masa kedua, para pemain mula mendapat keserasian terutama setelah ketinggalan 0-1.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1, kemenangan buat pasukan Brighton & Hove Albion FC.


Perlawanan Ke-23 Liga Kejuaraan


Pada hari Selasa 27 Disember 2017, pasukan Brighton & Hove Albion FC menerima tetamu dari London iaitu pasukan Queens Park Rangers FC di Stadium Falmer.

Perlawanan yang rancak ini berkesudahan kemenangan buat pasukan Brighton & Hove Albion dengan jaringan 3-0.


Perlawanan Ke-22 Liga Kejuaraan


Perlawanan antara pasukan Birmingham City FC dengan Brighton & Hove Albion FC ini telah berlangsung di Stadium St Andrews, Birmingham pada hari Sabtu 17 Disember 2016.

Perlawanan ini berakhir dengan kemenangan 2-1 buat pasukan Brighton & Hove Albion FC.

Perlawanan Ke-21 Liga Kejuaraan


Pada hari Selasa 13 Disember 2016, pasukan Brighton & Hove Albion FC telah berkunjung ke Ewood Park, untuk beraksi menentang pasukan Blackburn Rovers FC dalam kempen Liga Kejuaraan Musim 2016/17.

Perlawanan ini berakhir dengan pasukan Brighton & Hove Albion FC menang tipis 3-2.




Undian Pusingan Ketiga Piala FA England




Sejumlah 64 buah pasukan akan bertanding dalam Pusingan Ketiga Piala FA. 20 pasukan adalah pemenang perlawanan Pusingan Kedua manakala 44 pasukan lagi adalah dari Liga Perdana England dan Liga Kejuaraan EFL.

Semua perlawanan dijadualkan berlangsung antara 6 hingga 9 Januari 2017.

Pasukan Stourbridge menjadi pasukan yang paling rendah kedudukan kekal beraksi dalam Piala FA musim ini. Pasukan ini bermain dalam liga tahap 7 dalam Sistem Piramid Bolasepak England.

JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KETIGA PIALA FA ENGLAND 
6 Januari 2017
West Ham United (1) lwn Manchester City (1)

7 Januari 2017
Manchester United (1) lwn Reading (2)          
Ipswich Town (2) lwn Lincoln City (5)    
Barrow (5) lwn Rochdale (3)
Hull City (1) lwn Swansea City (1)         
Sunderland (1) lwn Burnley (1)    
Queens Park Rangers (2) lwn Blackburn Rovers (2)
Millwall (3) lwn AFC Bournemouth (1)
Brighton & Hove Albion (2) lwn Milton Keynes Dons (3)
Blackpool (4) lwn Barnsley (2)      
Wigan Athletic (2) lwn Nottingham Forest (2)
Birmingham City (2) lwn Newcastle United (2)
West Bromwich Albion (1) lwn Derby County (2)    
Everton (1) lwn Leicester City (1)
Wycombe Wanderers (4) lwn Stourbridge (7)
Watford (1) lwn Burton Albion (2)
Stoke City (1) lwn Wolverhampton Wanderers (2)
Bristol City (2) lwn Fleetwood Town (3)
Huddersfield Town (2) lwn Port Vale (3)
Brentford (2) lwn Eastleigh (5)      
Bolton Wanderers (3) lwn Crystal Palace (1)
Norwich City (2) lwn Southampton (1)
Sutton United (5) lwn AFC Wimbledon (3)     
Accrington Stanley (4) lwn Luton Town (4)    
Rotherham United (2) lwn Oxford United (3)
Preston North End (2) lwn Arsenal (1)  

8 Januari 2017
Cardiff City (2) lwn Fulham (2)
Liverpool (1) lwn Plymouth Argyle (4)
Chelsea (1) lwn Peterborough United (3)       
Middlesbrough (1) lwn Sheffield Wednesday (2)
Tottenham Hotspur (1) lwn Aston Villa (2)

9 Januari 2017  
Cambridge United (4) lwn Leeds United (2)   

*Angka dalam kurungan menunjukkan tahap liga sesebuah pasukan.
1 – Liga Perdana England
2 – Liga Kejuaraan EFL
3 – Liga Bahagian Satu EFL
4 – Liga Bahagian Dua EFL
5 – National League
7 – Northern Premier League, Premier Division

Perlawanan-perlawanan berikut telah dipilih untuk disiarkan secara langsung di kaca tv di seluruh United Kingdom (termasuk Malaysia):

1. Manchester United lwn Reading
2. Preston North End lwn Arsenal
3. Liverpool lwn Plymouth Argyle
4. Cambridge United lwn Leeds United          
5. West Ham United lwn Manchester City
6. Tottenham Hotspur lwn Aston Villa


Perlawanan Ke-20 Liga Kejuaraan


Leeds United FC adalah satu lagi nama besar dalam liga bolasepak di England. Pasukan ini adalah salah sebuah pasukan yang masih ramai pengikutnya walaupun kini mereka bermain dalam Liga Kejuaraan (dahulu dikenali sebagai Divisyen Dua).

Pada hari Jumaat 9 Disember 2016, pasukan Leeds United telah berkunjung ke Stadium Falmer untuk menentang pasukan tuan rumah, Brighton & Hove Albion FC.

Keputusan perlawanan adalah pasukan Brighton & Hove Albion FC menang dengan jaringan 2-0.


Trofi EFL Pusingan Kedua Zon Selatan


Dengan tidak disangka-sangka, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun dibawah bimbingan Simon Rusk telah mencapai kejayaan yang memberansangkan dalam kempen Trofi EFL.

Pada hari Selasa 6 Disember 2016, bertempat di Stadium Kingsmeadow, London, pasukan ini telah mengejutkan pasukan utama AFC Wimbledon dengan keputusan 2-1.


Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun telah berjaya melangkah ke Pusingan Ketiga Trofi EFL. Lawan yang dinanti adalah pasukan utama Coventry City. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung di Ricoh Arena, Coventry pada hari Selasa, 10 Januari 2017.

Perlawanan Ke-19 Liga Kejuaraan


Pada hari Sabtu, 3 Disember 2016, pasukan Brighton & Hove Albion FC telah berkunjung ke Wales. Tujuannya adalah ke Stadium Bandaraya Cardiff untuk menentang pasukan Cardiff City FC dalam satu lagi perlawanan Liga Kejuaraan Sky Bet Musim 2016/17.

Perlawanan ini telah berakhir dengan keputusan seri 0-0.




Perlawanan Ke-18 Liga Kejuaraan


Aktiviti bulan November 2016 diakhiri dengan satu lagi perlawanan dalam Liga Kejuaraan Sky Bet membabitkan pasukan Brighton & Hove Albion FC menentang Fulham FC di Stadium Falmer pada hari Sabtu, 26 November 2016.

Perlawanan ini berakhir dengan kemenangan buat Brighton & Hove Albion FC dengan jaringan 2-1.


Perlawanan Ke-17 Liga Kejuaraan


Menerima kunjungan pasukan 'besar' Aston Villa di Stadium Falmer pada hari Jumaat, 18 November 2016 adalah sesuatu yang menguntungkan.

Menguntungkan bukan sahaja dari segi jualan tiket, tetapi juga keuntungan kepada pemain Brighton & Hove Albion FC kerana dapat bermain dengan nama-nama besar seperti Pierluigi Gollini, Nathan Baker, Micah Richards, Tommy Elphick, Gabriel Agbonlahor, Libor Kozák, Gary Gardner, Mile Jedinak, Albert Adomah dan Ross McCormack,

Perlawanan menarik yang disiarkan secara langsung oleh ITV Britian ini berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Trofi EFL Perlawanan Ketiga Peringkat Kumpulan


Bagi memenuhi salah satu syarat pertandingan Trofi EFL, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun telah diberi keistimewaan untuk bermain di Stadium Falmer. Stadium Falmer hanya boleh digunakan oleh pasukan utama Brighton & Hove Albion FC sahaja. 

Maka pada hari Selasa, 8 November 2016, pasukan ini telah melayani kunjungan pasukan utama Leyton Orient FC dalam perlawanan ketiga dan terakhir Kumpulan G Zon Selatan. Pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun harus menang dalam perlawanan ini untuk melangkah ke Pusingan Kedua Trofi EFL.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan di pihak Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun dengan jaringan 1-0.


Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun muncul naib johan Kumpulan G Zon Selatan dan layak untuk beraksi dalam Pusingan Kedua Trofi EFL.
Lawan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun ini dalam Pusingan Kedua Trofi EFL adalah pasukan AFC Wimbledon. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung di Stadium Kingsmeadow, London pada hari Selasa, 6 Disember 2016.

Perlawanan Ke-16 Liga Kejuaraan


Pada hari Sabtu 5 November 2016, pasukan Brighton & Hove Albion FC telah berkunjung ke Stadium Ashton Gate, Bristol.

Perlawanan menentang pasukan Bristol City FC ini berkesudahan dengan Brighton & Hove Albion FC menang 2-0.


Perlawanan Ke-15 Liga Kejuaraan


Norwich City FC adalah salah sebuah pasukan yang kuat dalam Liga Kejuaraan Sky Bet ini. Kehadiran pasukan ini ke Stadium Falmer pada hari Sabtu, 29 Oktober 2016 begitu mengujakan sekali. Khabarnya jalanraya dan stesen keretapi penuh sesak dengan penyokong mahupun peminat bolasepak di sekitar Sussex yang mahu menyaksikan perlawanan yang menarik.

Memang menarik sebab pasukan Brighton & Hove Albion FC telah menang  ke atas Norwich City FC dengan jaringan 5-0! Kemenangan terbesar Brighton & Hove Albion setakat ini dalam musim 2016/17.


Perlawanan Ke-14 Liga Kejuaraan


Perjuangan dalam Liga Kejuaraan Sky Bet Musim 2016/17 diteruskan dengan perlawanan menentang pasukan Wigan Athletic FC di Stadium DW pada hari Sabtu 22 Oktober 2016.

Pasukan Brighton & Hove Albion FC menang dengan jaringan 1-0.

 

Siapa Penyokong Brighton & Hove Albion FC Di Malaysia?


Tidak seperti ramai warga Malaysia yang menyokong pasukan bolasepak yang terkenal seperti Manchester United, Liverpool, Chelsea, Arsenal, Real Madrid, Barcelona dan sebagainya, aku dan keluarga masih kekal menyokong pasukan Brighton & Hove Albion FC.

Itu aku punya baju

Mohd Naqib Naufal tak lekang dengan baju 'away'nya

Harap-harap agar Brighton & Hove Albion FC akan dapat beraksi dalam Liga Perdana England pada musim akan datang.


Perlawanan Ke-13 Liga Kejuaraan


Hari Selasa, 18 Oktober 2016 Stadium Falmer sekali lagi dipenuhi dengan para penyokong bolasepak. Pada hari ini para penonton telah dihidangkan dengan satu perlawanan bolasepak yang cukup menarik antara Brighton & Hove Albion FC menentang Wolverhampton Wanderers FC.

Perlawanan ini berkesudahan dengan kemenangan buat Brighton & Hove Albion FC 1-0.


Perlawanan Ke-12 Liga Kejuaraan


Agak sedikit malang buat pasukan Brighton & Hove Albion FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Falmer pada hari Sabtu, 15 Oktober 2016.

Menerima kunjungan pasukan Preston North End FC, 'The Seagull's' sekadar mencatat keputusan seri 2-2.


Trofi EFL Perlawanan Kedua Peringkat Kumpulan

Bertempat di Stadium Broadhall Way pada hari Selasa 4 Oktober 2016, Pasukan Brighton & Hove Albion Bawah 21 Tahun meneruskan kempen dalam Trofi EFL.

Perlawanan kedua ini adalah menentang pasukan utama Stevenage & Borough FC dan berlangsung dalam keadaan yang agak tegang.

Perlawanan sepenuh masa berakhir dengan keputusan seri 2-2. Sepakan penalti diadakan bagi mencari pemenang dan pasukan Brighton & Hove Albion Bawah 21 Tahun menang sepakan penalti 4-3 dan membawa pulang dua mata.

Salah satu peraturan dalam pertandingan Trofi EFL ini adalah sekiranya sesuatu perlawanan itu berakhir dengan kedudukan seri selepas tamat 90 minit perlawanan, penentuan sepakan penalti akan diadakan untuk mencari pemenang. Pasukan yang menang dalam penentuan sepakan penalti itu akan mendapat satu mata tambahan.



Perlawanan Ke-11 Liga Kejuaraan


Brighton & Hove Albion FC memulakan kalendar bulan Oktober 2016 dengan berkunjung ke Stadium Hillsbrough, Sheffield pada hari Sabtu 1 Oktober 2016.

Perlawanan antara Sheffield Wednesday FC dengan Brighton & Hove Albion FC agak meriah dengan kehadiran penonton yang agak ramai.

Brighton & Hove Albion FC telah menang dengan jaringan 2-1.

Perlawanan Ke-10 Liga Kejuaraan


Stadium Portman Road, Ipswich menerima kunjungan anak-anak didik Chris Hughton pada hari Selasa 27 September 2016.

Perlawanan yang sedikit membosankan antara Ipswich Town FC dengan Brighton & Hove Albion FC ini berakhir dengan keputusan seri 0-0.


Perlawanan Ke-9 Liga Kejuaraan


Kekecewaan dalam pertandingan Piala EFL segera dilupakan oleh pemain-pemain Brighton & Hove Albion FC apabila menerima kunjungan Barnsley FC di Stadium Falmer dalam pertandingan Liga Kejuaraan Sky Bet.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada hari Sabtu, 24 September 2016 ini, pasukan Brighton & Hove Albion FC telah menang 2-0.


Piala EFL Pusingan Ketiga


Kemaraan Brighton & Hove Albion FC dalam pertandingan Piala EFL tersekat di pusingan ketiga apabila tewas 1-2 kepada Reading di Stadium Falmer. 

Perlawanan ini telah berlangsung pada hari Selasa 20 September 2016.

Perlawanan Ke-8 Liga Kejuaraan


Pada hari Sabtu, 17 September 2016, pasukan Brighton & Hove Albion FC telah berkunjung ke Stadium Pirelli untuk menentang pasukan Burton Albion FC.

Brighton & Hove Albion FC bernasib baik untuk menang 1-0.

Perlawanan Ketujuh Liga Kejuaraan


Misi menebus dua kekalahan berturut-turut bermula pada hari Selasa 13 September 2016 di Stadium Falmer. Brighton & Hove Albion FC menerima kunjungan salah sebuah pasukan yang dianggap pencabar dalam 'Sky Bet Championship League' iaitu pasukan Huddersfield Town FC. 

Di akhir perlawanan yang mendebarkan ini, Brighton & Hove Albion FC menang 1-0.


Perlawanan Keenam Liga Kejuaraan


Sabtu, 10 September 2016 menyaksikan pasukan Brighton & Hove Albion FC tewas di gelanggang sendiri buat pertama kalinya pada musim ini.

Dalam perlawanan menentang Brenford FC, Brighton & Hove Albion FC tewas 0-2.

Jangan patah semangat yer kawan-kawan... 

Trofi EFL Perlawanan Pertama Peringkat Kumpulan


Bagi menggantikan beberapa akademi bolasepak yang enggan menyertai Trofi EFL ini, pihak EFL telah menjemput Akademi Bolasepak Brighton & Hove Albion FC untuk turut sama mengambil bahagian. Pengurusan Brighton & Hove Albion FC telah menerima jemputan tersebut dan bersetuju untuk menghantar pasukan Brighton & Hove Albion Bawah 21 tahun bagi tujuan pendedahan dan mencari pengalaman bermain dalam perlawanan besar.

Akademi Bolasepak Brighton & Hove Albion FC telah diundi dalam Kumpulan G Zon Selatan bersama-sama pasukan utama Southend United FC, Stevenage & Borough FC dan Leyton Orient FC.

Dalam perlawanan pertama di Stadium Roots Hall, Soutend, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun tewas 0-2.

Perlawanan Kelima Liga Kejuaraan

Pada hari Sabtu 27 Ogos 2016, pasukan Brighton & Hove Albion FC telah berkunjung ke Stadium St James Park untuk menentang pasukan 'gergasi' Newcastle United. Brighton tewas 0-2 dalam perlawanan yang menarik ini.

Piala EFL Pusingan Kedua


Brighton & Hove Albion FC meneruskan kemaraan ke Pusingan Ketiga Piala EFL setelah menang 4-2 ke atas Oxford United. Perlawanan ini telah berlangsung di Stadium Kassam, Oxford pada hari Selasa, 23 Ogos 2016.

Perlawanan Keempat Liga Kejuaraan


Pada hari Sabtu 20 Ogos 2016, pasukan Brighton & Hove Albion telah berkunjung ke Reading. Perlawanan berkesudahan dengan seri 2-2. 

Perlawanan Ketiga Liga Kejuaraan


Perlawanan ketiga Liga Kejuaraan juga di Stadium Falmer. Perlawanan ini telah berlangsung pada 12 Ogos 2016 menentang pasukan Rotherham United. Brighton menang 3-0 dan mengekalkan rekod tanpa kalah.


Perlawanan Kedua Liga Kejuaraan


Perlawanan pertama Brighton & Hove Albion di Stadium Falmer bagi musim 2016/17 adalah pada hari Jumaat 12 Ogos 2016 menentang Nottingham Forest. Brighton menang 3-0.