Tuesday, 6 February 2018

Senarai Terkini Pemain Brighton & Hove Albion

Pasukan Utama Musim 2017/18




Penyerang

36
Richard
Towell

(Dipetik daripada laman web rasmi https://www.brightonandhovealbion.com/teams/first-team/coaching-staff2/chris-hughton/)

Piala FA Pusingan Kelima

Brighton & Hove Albion telah diundi untuk bertemu pasukan Coventry City dalam Pusingan Kelima Piala FA Inggeris. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 17 Februari 2018 di Stadium Falmer.

Dalam Pusingan Ketiga, Brighton & Hove Albion telah menang 2-1 ke atas Crystal Palace manakala dalam Pusingan Keempat pula telah menumpaskan Middlesbrough 1-0 di tempat lawan.

Lain-lain perlawanan Pusingan Kelima Piala FA adalah seperti berikut:

16 Februari 2018:     
Leicester City lwn Sheffield United
Chelsea lwn Hull City

17 Februari 2018:     
Sheffield Wednesday lwn Notts County atau Swansea City   
West Bromwich Albion lwn Southampton   
Huddersfield Town atau Birmingham City lwn Manchester United

18 Februari 2018:     
Millwall atau Rochdale lwn Newport County atau Tottenham Hotspur

19 Februari 2018:     
Wigan Athletic lwn Manchester City

Kedudukan Terkini EPL Musim 2017/18


Thursday, 15 June 2017

Perlawanan Ke-46 Liga Kejuaraan


Dengan mengharapkan agar pasukan Newcastle United FC seri atau tewas dalam perlawanan terakhir menentang Barnsley FC di St James Park, Brighton & Hove Albion FC harus menang dalam perlawanan terakhir menentang Aston Villa FC di Villa Park untuk memenangi Liga Kejuaraan Musim 2016/17.

Sungguhpun mendapatan gol awal hasil sepakan penalti oleh Glenn Murray pada minit ke-64, hasrat Brighton & Hove Albion FC untuk bergelar juara tidak kesampaian apabila Jack Grealish menjaringkan gol penyamaan buat Aston Villa  FC pada minit terakhir perlawanan. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Sementara itu kemenangan 3-0 ke atas Barnsley FC di St James Park membawa pasukan Newcastle United FC menjuarai Liga Kejuaraan Sky Bet Musim 2016/17. Brighton & Hove Albion FC menduduki tangga kedua liga dengan kekurangan 1 mata daripada pasukan Newcastle United FC.

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pasukan Brighton & Hove Albion FC kerana berjaya menempatkan diri di dalam Liga Perdanan Inggeris Musim 2017/18 setelah berusaha beberapa kali.

Semoga berjaya dalam misi di EPL.

Sunday, 14 May 2017

Perlawanan Ke-45 Liga Kejuaraan

Kalah? Sewaktu para peminat menunggu satu lagi kemenangan untuk meraikan kejayaan menjulang juara Liga Kejuaraan, tiba-tiba pasukan Bristol City memadamkan kemeriahan itu dengan satu gol yang mudah.

Kini harapan bergantung kepada perlawanan menentang Aston Villa di Villa Park pada 7 Mei 2017.

Kita saksikan sedutan perlawanan terakhir di Stadium Falmer musim ini....
 

Saturday, 22 April 2017

Perlawanan Ke-44 Liga Kejuaraan

Perlawanan yang seimbang tetapi berkesudahan dengan kekalahan akibat daripada dua gol sendiri oleh seorang penjaga gol yang berpengalaman.... itulah bolasepak.


Terpaksa tunggu perlawanan menentang Bristol City hujung minggu depan untuk menjulang mahkota Liga Kejuaraan Musim 2016/17.

Kedudukan terkini Liga Kejuaraan

Baki perlawanan yang melibatkan 'The Seagulls'
 

Thursday, 20 April 2017

Anthony Knockaert Pemain Terbaik Liga Kejuaraan

Pemain sayap Brighton & Hove Albion FC Anthony Knockaert telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Kejuaraan EFL Musim 2016/17.
Anthony Knockaert

Pemain berusia 25 tahun yang berasal dari Perancis itu telah menjaringkan 13 gol daripada 40 perlawanan untuk membantu Brighton & Hove Albion FC mendahului Liga Kejuaraan ketika ini.

Penyerang Sheffield United FC Billy Sharp pula dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Satu EFL manakala penyerang kelab Doncaster Rovers FC, John Marquis memenangi anugerah Pemain Terbaik Liga Dua EFL.
Billy Sharp

John Marquis

Penyerang kelab Exeter City FC Ollie Watkins dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik Liga EFL.
Ollie Watkins

Brighton & Hove Albion FC juga memenangi satu lagi anugerah iaitu Gol Terbaik EFL Musim 2016/17 menerusi jaringan Steve Sidwell sewaktu menentang Bristol City pada 5 November 2016 yang lalu.
Steve Sidwell

Gol cantik jaringan Steve Sidwell